Berita Utama

“Doakan Dua Loji Air Baharu Siap Menjelang Aidilfitri’ – MB

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KUALA TERENGGANU, 21 Mac - Kerajaan Terengganu komited untuk menyiapkan dua lagi projek Loji Rawatan Air (LRA) baharu menjelang perayaan Aidilfitri nanti.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua agensi termasuk Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerja Raya dan kontraktor telah diarahkan untuk memberikan kerjasama penuh bagi menyiapkan kerja-kerja pembinaan di tapak termasuk kawasan bandar.

“Petang tadi (semalam), saya sempat meninjau perkembangan LRA Pulau Bahagia, Manir yang telah beroperasi pada 18 Mac 2021.

“Loji ini merupakan satu daripada tiga LRA baharu yang akan membekalkan 100 juta liter air untuk kegunaan 100,000 orang penduduk,” katanya selepas tinjauan tersebut.

Menurut Ahmad Samsuri, loji sedia ada hanya mampu menampung jumlah akaun yang wujud hingga tahun 2012 sahaja.

“Selepas sembilan tahun, pengguna bertambah, pembangunan meningkat dan ini memberi kesan kepada pengguna sedia ada,” jelasnya. - URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 6

Week 121

Month 364

All 11155

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar Bawah

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu