Berita Utama

Pusat Kanak-kanak Terbiar Dibuka Bulan Mac

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KUALA TERENGGANU, 25 Februari – Terengganu bakal membuka pusat kanak-kanak terbiar bernilai RM2 juta pada 15 Mac nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, 'Raudhatul Jannah' itu akan berpusat di Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman.

Katanya, ia akan menempatkan kanak-kanak yang diabai, didera atau menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
"Buat permulaan kita akan masukkan seramai 20 lelaki dan 20 perempuan dalam usia lingkungan pelajar sekolah rendah, bukan sahaja dalam kalangan anak Terengganu.

“Ini kerana kes-kes serius seperti penderaan tidak berlaku dalam negeri sahaja, oleh itu pusat ini untuk seluruh negara, terutamanya ketika menghadapi tekanan hidup akibat kekangan wabak pandemik COVID-19.

“Pengisian bagi mereka semasa di pusat ini akan menggunakan modul keagamaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Wisma Darul Iman, pagi semalam.

Tambah Hanafiah, walaupun isu itu tidak terlalu serius dalam negeri ini, kerajaan tetap memberi tumpuan terutamanya kepada mereka yang terbiar dan didera.

Mengulas lanjut berkenaan kos menyiapkan pusat tersebut, Hanafiah memaklumkan, kos baikpulih dan kelengkapan prasarana melibatkan hampir RM600,000.

"Jika dicampur bersama kos operasi jumlahnya dalam sekitar RM2 juta.

“Pusat ini merupakan fasa pertama dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Amal, jika fasa ini berjaya, maka kita akan lihat kepada keperluan untuk berkembang ke daerah lain,” jelasnya.-URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 6

Week 121

Month 364

All 11155

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar Bawah

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu