Berita Utama

Anak Terengganu Azizulhasni, Harrif Gegar Dunia

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
KUALA TERENGGANU, 20 Februari - Dua pelumba basikal kelahiran Terengganu, Azizulhasni Awang dan Harrif Salleh mencipta nama di pentas dunia hari ini (Sabtu).

Di sebelah siang (waktu Malaysia), Azizul atau Jijoe memenangi pingat emas di Kejohanan Trek Elit Victoria, Australia.

Azizulhasni mencatat 10.126 saat dalam kelayakan pecut individu sekali gus meletakkan dirinya mengungguli kedudukan carta dalam saingan yang berlangsung di Velodrome Pusat Sukan Antarabangsa Darebin di Melbourne itu.

Manakala sebentar tadi, Harrif meraih kedudukan pertama di siri perlumbaan UCI, Grand Prix Velo Manavgat di Turki.

Harrif, 32, yang mewakili Terengganu Cycling Team (TSG) membuktikan kayuhannya masih berbisa walaupun hampir setahun tidak menyertai kejohanan besar akibat penularan COVID-19.

Kemenangan Harrif pada perlumbaan sejauh 147.5 kilometer itu menjadi tonik terbaik buatnya dan TSG untuk beraksi dalam saingan seterusnya di Grand Prix Alanya esok.-URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 4

Week 119

Month 362

All 11153

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar Bawah

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu