Berita Utama

Program Imunisasi Menyeluruh Pastikan Pandemik COVID-19 Tamat - Muhyiddin

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
PUTRAJAYA, 16 Februari - Semua sektor ekonomi termasuk pelancongan yang terjejas teruk sebelum ini serta aktiviti sosial akan dibuka sepenuhnya, sebaik Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjaya dilaksanakan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menjelaskan, program imunisasi menyeluruh itu untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dan akhirnya dapat menamatkan pandemik tersebut.

"Apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, impak positif akan mula kita rasai. Pelbagai sektor ekonomi akan dibuka semula, seperti pelancongan.

"Kita boleh saling ziarah-menziarahi, aktiviti bersukan juga boleh kita amalkan, tetapi dengan mengamalkan norma baharu.

"Inilah yang saya maksudkan apabila saya katakan bahawa vaksin COVID-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan COVID-19.

"Pastinya, satu lembaran baharu bakal terbuka dengan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada penghujung bulan ini," katanya ketika melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Muhyiddin turut melancarkan laman web www.VaksinCovid.gov.my pada majlis ringkas itu.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 4

Week 119

Month 362

All 11153

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar Bawah

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu