Bantuan Banjir RM6.7 Juta Disalurkan Bermula 27 Februari Ini

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
KUALA TERENGGANU, 25 Februari – Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan banjir sekali bayaran berjumlah RM500 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) bermula sabtu, 27 Februari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, sumbangan keseluruhan bernilai RM6.7 juta akan dimulakan di daerah Kemaman dengan perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
“150 penerima akan menerima bantuan pada majlis di daerah yang boleh dikatakan paling terjejas akibat musim banjir pada Januari lalu.
“Manakala dalam 8,300 mangsa banjir di seluruh Terengganu akan mendapat bantuan dalam bentuk wang melalui Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah masing-masing.
“Peruntukan hampir RM7 juta ini melibatkan mangsa yang terjejas akibat banijr pada akhir tahun lepas dan awal Januari,” katanya ketika ditemubual pemberita.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Wisma Darul Iman, pagi semalam.
Tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, bagi setiap daerah adalah di bawah Pejabat Daerah kemudian diagihkan di Pejabat DUN masing-masing oleh wakil rakyat atau pegawai penyelaras berkenaan.
“Insya-Allah, pembayaran akan selesai dilunaskan pada minggu hadapan.
“Jumlah mangsa yang paling ramai adalah di Kemaman, iaitu di DUN Chukai dan DUN Air Putih dengan jumlah keseluruhan mangsa di Chukai seramai kira-kira 3,200 orang,” tambahnya.-URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 4

Week 119

Month 362

All 11153

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar Bawah

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu