Jabatan Kesihatan Serbu 54 Premis Makanan

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KUALA TERENGGANU, 9 September - Sebanyak 54 premis makanan di Setiu dan Besut diserbu Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dalam Operasi Bersepadu Premis Makanan Bersih pada 7 dan 8 September lalu.


Pengarah JKNT, Dr Nor Azimi Yunus berkata, hasil operasi itu tiga premis telah diberikan arahan penutupan selama tempoh tidak melebihi 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana gagal mencapai tahap minimum piawaian.

“Ia meliputi 34 buah restoran dan 20 buah gerai makanan telah diperiksa sepanjang dua hari operasi diadakan di dua daerah tersebut.

“Sebanyak 62 notis memerintahkan kehadiran di mahkamah bagi kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM16,350,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, operasi yang dijalankan bersama Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Daerah Setiu dan Majlis Daerah Besut itu memberi fokus kepada premis yang menjadi tumpuan ramai.

“Ia penting bagi memastikan premis berkenaan beroperasi dalam keadaan bersih, terkawal dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sekali gus menjamin kualiti makanan.

Menurut Nor Azimi lagi, pemantauan akan dijalankan secara berterusan supaya pengusaha dan pengendali makanan serius dalam mematuhi keperluan yang telah ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan dibawahnya.

“Adalah menjadi tanggungjawab pemilik dan pengusaha premis makanan untuk memastikan premis makanan dan pekerja mereka berada dalam bersih pada setiap masa sewaktu operasi perniagaan dijalankan,” tambah beliau.-URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN.

Oleh : AIDA ABD RAHMAN

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 6

Week 121

Month 364

All 11155

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar Bawah

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu