Jambatan Baru Kuala Jengai Dibina Secara Bergotong-royong

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
DUNGUN, 16 Februari- Jambatan baru di Kuala Jengai bakal dibina semula secara bergotong- royong bagi menggantikan jambatan lama yang telah runtuh disebabkan banjir baru-baru ini.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, bagi peringkat awal pembinaan jambatan, kayu seberat tiga tan telah diterima dari PESAKA Terengganu Berhad (PTB), hari ini.

"Alhamdulillah, melalui Pejabat Penyelaras DUN Bukit Besi kita telah memohon bantuan kayu tersebut selepas melihat akan kepentingan jambatan yang menjadi laluan untuk penduduk keluar mencari rezeki," ujarnya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Ghazali berharap, agar sumbangan yang dihulurkan bagi membantu masyarakat akan menjadi faktor kelangsungan anak syarikat Golden Pharos itu meraih keuntungan.

"InsyaAllah kerja gotong-royong ini akan dilakukan secepat mungkin.

"Kita memilih untuk bergotong-royong supaya semua penduduk dan juga mana-mana pihak berpeluang menyumbangkan manfaat dalam bentuk tenaga, disamping merasa wujudnya kebersamaan.

"Dengan konsep yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Juga Insya Allah menjadi faktor kepada kehamornian hubungan diantara sesama anggota masyarakat," ujarnya.-URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN.
 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 6

Week 121

Month 364

All 11155

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar Bawah

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu